JIMAT

images

Aku budak tajaan JPA untuk jurusan perubatan ni. Sampai sekarang dah masuk setengah semester, duit JPA belum lagi masuk. Bukan takat kekeringan dah ni. Ni tahap miskin papa kedana dah ni. Serius. Silap hari bulan telefon bimbit aku yang aku jual. Nak guna duit punya pasal. Makanya, sepanjang penantian JPA nak masuk ni, aku kena la berjimat cermat sikit. Sangat kena berjimat cermat. Nak beli itu ini, kena fikir dua tiga kali. Kalau nak keluar makan pun, kena berkira juga. Sebab bukan apa. Malas nak pinjam duit kawan untuk beli makanan. Mak aku pernah pesan, walaumacamanapun jangan sampai pinjam duit orang untuk beli makanan. Takut nanti tak terbayar. Jadi darah daging. Susah nanti hidup tak berkat. Itu apa pesan mak aku la. Bab jimat cermat aku tak berapa kisah sangat. Sebab boleh juga jadi sebab untuk aku mula berdiet kan. Tapi yang aku kisahkan bila bab-bab peril memerli ni. Sangat terkesan.

Masa aku tak de duit, memang ada juga la kawan-kawan yang macam bergurau. Gurauan yang menjadikan bahan ‘Aku tak de duit’ atau ‘Aku kena jimat’ sebagai satu gurauan. Memang bagi mereka itu semua bahan lawak. Bahan jenaka. Tapi bagi aku yang agak sensitif ni, benda macam ni memang menusuk di kalbu. Sangat menusuk. Pedih rasanya. Ada yang sampai kata aku tak dapat nak beli apa yang aku nak. Ada yang kata aku puasa bukan sebab nak puasa sunat, tapi sebab tak de duit. Pedih tahu tak? Sangat pedih benda-benda tu.

Korang semua sepatutnya bersyukur sebab dilahirkan ke dunia di dalam keluarga yang serba sempurna. Di dalam sebuah keluarga yang kedua-dua ibubapa cukup gaji untuk sara semua anak-anak. Cukup duit untuk nak belikan anak-anak masing seorang sebuah kereta. Cukup duit untuk bagi kat korang seminggu RM100. Bukan tak bersyukur. Tapi aku hanya dapat RM100 untuk 2 minggu. Kalau JPA tak masuk memang aku akan sesak. Belajar pula dekat university tengah-tengah bandar. Dengan banyak benda nak kena bayar. Banyak benda nak kena beli untuk keperluan belajar. Hm. So bila masa aku tak de duit, aku memang terasa gila sebab memang aku rasa macam aku ni sengkek sangat. Macam aku ni hina gila dekat mata dorang. Serius. Memang aku sangat terasa.

Tapi, apa aku boleh buat. Just tahan dan palsukan senyuman. Sebab aku pun sebenarnya tak de kawan lain. Dorang ni je la kawan yang aku ada. Kawan yang walaupun menikam aku perlahan-lahan, Tapi tetap aku tahan. Sebab aku tak sanggup hidup tidak berteman. Haih. Lega sikit bila dapat menulis isi hati ni. Rasa lega sangat-sangat.

P/S: Kepada semua di luar sana, janganlah korang suka sangat nak peril-perli kawan korang yang tak de duit tu sangat. Tak payah la nak jadikan dorang bahan jenaka korang. Allah maha mengetahui. Segala rezeki di atas muka bumi ni semua milikNya. Kalau dia nak tarik, bila-bila masa je dia boleh tarik. Renung-renungkan dan selamat beramal ya.

IKHLASKAN HATI

Maka benarlah apa yang dikatakan Puan A. Buat kerja jangan mengharapkan penghargaan. Ikhlaskan diri dalam melakukan kerja. Biar kita dikenali dengan hasil kerja kita. Biar kerja kita yang berbicara. Jangan sesekali mengejar penghargaan, pujian manusia. Sebaliknya lakukan kerja itu hanya kerana Allah. Kerana sampai satu ketika, hanya kita dengan Allah sahaja mampu untuk kita luahkan segalanya.

Itu adalah kebebasan aku. Tetapi dalam masa yang sama, itu adalah pandangan dia sebagai seorang manusia biasa. Hak. Itu menjadi satu persoalan disini. Kita sering marah, tidak puas hati, geram dengan mereka yang mengutuk, menghina dan mengeji kita. Tetapi kita kena ingat, itu hak mereka untuk bersuara. Hak mereka yang biar kita serahkan kepada Allah untuk menjalankan tugasNya menghukum ataupun sebaliknya. Biarkan kepada Allah. Serahkan segalanya kepadaNya. Serahkan.

Yang penting, ikhlas dalam melaksanakan tugas. Ikhlas. Itu kata kunci yang harus kita pegang. Biar seribu orang yang membenci. Biar mereka hina kita. Biar mereka baling kita dengan batu sekalipun, tetap ikhlas dalam melaksanakan apa yang hendak kita lakukan. Kembali kepada asas. Betulkan niat kita. Nawaitu tu penting dalam memulakan sesuatu. Kerana jikalau A yang kita niatkan, maka A lah yang akan kita perolehi. Sekiranya B, maka B lah yang akan ki peroleh. Ikhlas.

Kemudian, sabar. Sabar dalam menghadapi ujian. Sabar dalam menjalani kehidupan. Sabar. Sabar. Dan sabar. Ikhlas dan betulkan niat. InsyaAllah segalanya akan berjalan lancar.

SEDERHANA

Alhamdulillah. Akademik semakin bagus masa darjah 5. Syukur. Antara yang hebat juga la. Tapi yang selalu menjadikan aku antara yang teratas adalah markah Matematik. Hhahah. Markah Subjek Sains sangat ke laut. Tak pernah dapat A. Asyik C je. Tak tahu kenapa. Memang tak berapa nak minat la sebenarnya subjek Sains ni. Tapi, yang menakjubkan ialah cita-cita aku masa tu nak jadi Ahli Botani. Sebab apa? Sebab terpengaruh dengan buku sisipan estidotmy UTUSAN setiap bulan minggu terakhir hari rabu. Walaupun sains aku ke laut.

Tapi aku tetap yakin yang aku akan jadi seorang Ahli Botani. Waktu tu tak kenal erti putus asa. Yang penting, waktu aku kecil tak pernah takut untuk gagal. Aku terus cuba untuk belajar sains dengan lebih gigih lagi. Walaupun tetap C. Itu manisnya waktu kecil. Tak de prejudis. Tak de persengketaan. Tak de malas-malas. Tak kenal erti putus asa. Sentiasa bersemangat nak siapkan sesuatu.

Tapi Alhamdulillah, akhirnya masa UPSR aku berjaya dengan jayanya. Dapat 5 A. Sangat tak expect apa yang aku dapat masa UPSR ni. Sangat tak expect. Sebab aku bukan seorang student yang baik. Jauh sekali student yang cemerlang serba serbi. Biasa. Dari sekolah rendah ke sekolah menengah average. Tak bagus sangat tak hebat sangat tapi tak de la sendu sangat. Average. Dari dulu sampai sekarang.

BUKAN BUDAK BRILLIANT

       calculator_by_cage_warp


Aku dulu masa sekolah bukanlah budak yang pandai sangat. Tak pandai pun sebenarnya. Ingat lagi cemerlang hanya masa darjah 1 dan 2. Semua subjek dapat A. Hiks. Tapi bila masuk darjah 3, semua ke laut. Sampailah satu ketika. Waktu tu aku darjah 5. Mak aku seorang peniaga. Pagi-pagi akan jual kueh depan Masjid. Seawal 6.30 pagi dah mula berniaga dah. Nak dibuatkan cerita waktu tu mak aku ada tempahan kueh. Jadinya, aku kena jaga gerai. Nak jaga gerai ni tak de la susah sangat. Senang je. Tapi yang susah bila orang datang beli kueh banyak sebab kena kira banyak. Waktu tu, bab-bab mengira nak mencongak ni aku kurang mahir sikit.

Kena ada kalkulator. Nak dijadikan cerita lagi, masa tu mak aku terlupa nak bawa kalkulator. Datang seorang pakcik ni. Dia kerja askar. Nak pergi kerja la kot. Singgah gerai mak aku. Beli kueh dengan nasi lemak and bihun goreng. Banyak gila dia beli. Katanya nak jamu kawan-kawan juga. Ambik kau ! Tercungap aku nak kira. Banyak gila. Sampaikan pak cik tu sendiri yang mengajar aku cara nak kira. Dia bagi duit, dia sendiri yang ambil baki. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa malunya aku masa tu. Ya Allah ! Tebal muka kot. Sangat tebal.

Tapi benda ni jadi ada hikmahnya. Sejak dari hari tu, aku belajar matematik dengan lebih gigih lagi. Aku hafal sifir. Aku buat kira-kira. Sampailah aku antara yang selalu skor A dalam matapelajaran Matematik. Sampailah ke Tingkatan 5. Matematik Tambahan memang subjek faveret aku. Selalu skor. Sebab apa? Sebab semuanya bermula daripada tragedy Pagi Sabtu. Aku tak pasal-pasal aku tak reti nak kira harga kueh. Sangat memalukan.

Tapi bila aku fikirkan semula, benda tu yang membuatkan aku semakin rajin belajar. Aku dah tak selalu keluar main petang-petang. Belajar dan gigih buat latihan dan sebagainya.

Tersenyum juga kalau aku teringat peristiwa ni. Sanga menggamit memori. Sangat.

Terbaik Dari Langit

 Terbaik Dari Langit

Terbaik Dari Langit.

Satu revolusi dalam dunia perfileman Malaysia.

Membuktikan bahawa penggiat seni tempatan juga mampu untuk menghasilkan produk yang berkualiti.

Produk yang ada nilai.

setaraf produk-produk Arwahyarhamah Yasmin Ahmad.

Bukan senang untuk aku puji produk dan hasil seni artis tempatan.

Tapi Terbaik Dari Langit sewajarnya diberikan pujian.

Atas kebijaksanaan pengarah dan juga mereka yang mencorakkan perjalanan cerita itu.

Tidak kiralah penulis skrip, malah pelakonnya juga berjaya membawa watak dengan baik.

Cerita melayu pertama yang aku tonton dari awal sampai habis.

Nilai.

itu yang aku cari dalam sesebuah filem.

Aku bukan orang seni.

Tetapi peminat seni,

Aku bukan hebat dalam lakonan.

Tetapi menghargai mereka yang pandai berlakon.

Aku bukan pengarah filem.

Tetapi hormat pada mereka yang pandai mengarah.

Tahniah !

Tahniah !

dan Tahniah !

Sesungguhnya anda berjaya !

MAINAN

beyblade_thumb

Ceritanya bila kita buka topic pasal permainan yang kita selalu main masa kecik dulu, contoh: Crush Gear, Bayblade, Kad Yu Gi-oh, dan segala yang ada. Saya yakin semua mesti pernah main. Semua mesti pernah rasa. Semua sekurang-kurangnya pernah tengok orang main.

crusgears

Aku ni bukan berasal dari keluarga yang senang. Ayah aku seorang pesara tentera. Manakala mak aku seorang peniaga. Makanya, selepas bersara mak dan abah aku memulakan perniagaan sendiri. Perniagaan yang berasaskan makanan, macam catering tu la. Tak hairanlah kenapa badan saya agak gempal. Hhehehe

P1120498Medium

Untuk beli mainan ni semua, mana ada duit. Sejujurnya aku kongsikan disini. Aku curi duit abah. Selalu seluk poket seluar dia masa dia gantung seluar dekat tangga sebelum dia nak pergi mandi. Ya Allah. Bila fikirkan memang jahat. Tapi aku tak curi banyak. Sehari RM1. Kau rasa? Memang jahat gila la masa aku kecil dulu. Duit mak pernah juga curi. Tapi tak selalu. Sebab mak saya agak garang. So bila duit dah cukup, aku akan beli apa yang aku nak. Memang kalau nak kumpulkan, memang berates jugak la aku curi duit abah. Sekarang bila teringat memang rasa serba salah gila.

Tapi akhirnya, kantoi. Masa tu, nenek aku dari Melaka dating rumah. Dia duduk singgah rumah aku la kiranya. Masa tu lepas solat Maghrib. Aku cuba seluk duit dalam poket seluar abah. Teramat sangat nak beli apa entah masa tu. Jadinya, aku curi lebih sikit. RM10. Memang ketara la kan kalau duit hilang RM10. Lepas mandi, abah seluk duit dia sebab nak ke kedai beli barang. Abah mula perasan yang duit dia kurang RM10. Sebenarnya abah memang dah syak lama dah apa yang aku buat selama ni. Sebab dia kata mana aku dapat duit beli mainan tu semua kan. Kalau aku, aku pun pelik. Hhahaha

Nak dibuatkan cerita, nenek aku dengar yang abah marah aku. Terus nenek aku panggil aku masuk bilik belakang. Dia slowtalk aku.

Nenek tanya,

“Kenapa Mamat buat macam ni? Tak sayang abah dengan mama ke?”

Nenek tanya dengan nada yang sayu. Terus aku menangis. Menangis teresak-esak. Sampai buatkan mak aku perasan. Mak aku terus datang ke bilik belakang tanya kenapa aku menangis. Nenek cakap, aku terjatuh. Nenek coverline untuk aku. Terharu gila.

“Tak pernah-pernah dia menangis sebab jatuh.Hmm. Macam-macam.”

Balas mak aku.

Semenjak peristiwa itu, aku tak lagi mencuri. Aku ingat apa nenek aku pesan. Jangan sesekali susahkan mak dan abah. Tolong mereka. Jangan tambahkan lagi beban. Kurangkan beban mereka. Jangan pentingkan diri. Dari hari itu juga, kalau aku nak beli apa-apa, aku akan simpan duit belanja sekolah aku. Even telefon bimbit pertama aku pun, aku beli dengan duit aku.

MOTS: Jangan susahkan ibubapa kita. Tolong dan bantu mereka. Kurangkan beban mereka. Jangan tambah lagi beban dan yang penting, jangan mencuri. Tak berkat apa yang kita curi tu. Dan ya ! Memang tak berkat. Barang yang aku beli guna duit yang aku simpan, sampai sekarang masih ada lagi. Tapi barang yang aku beli guna duit yang aku curi, dah tak de dah. Semua dah rosak. Hiks.